Thursday 31 March 2016

ABC dalam kelapa


“Sedap dan berisi. Itu komen positif dan
 menarik saya peroleh daripada pelanggan. Saya akan terus melakukan penambahbaikan dalam masa terdekat dengan menambah ais krim sebagai penambah rasa,” katanya yang berniaga di kedainya iaitu Kopie TIME di Pusat Komersial Permatang Pauh



Kopie TIME di Pusat 

Komersial, 

Permatang Pauh.


kredit : HMetro 

Mas Kahwin

Mas kahwin segelas air

Agensi
Aceh: Selepas dihebohkan dengan cerita mengenai pasangan yang gagal dinikahkan di Kuala Lumpur disebabkan wang hantaran, timbul pula kisah mengharukan dari daerah Kampung Pea Jambu di wilayah Indonesia ini.
Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook pemilik bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid. Sekali lihat, ia acara seperti pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.

Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.
“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya...Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.
Hari dan Rohani itu ialah nama pasangan pengantin berkenaan.
Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.
“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto. Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaj.

kredit : HMetro

AprilFOOL

JANGAN ada sesiapa yang cuba membuat lawak APRILFOOL (1 April) kerana perbuatan prank atau penipuan itu diHARAMKAN untuk disambut dan dilakukan walau bertujuan gurau, senda dan menghilangkan tension. Nabi bersabda 
ويل لمن يحدث فيكذب ليضحك به القوم ، ويل له
Ertinya: Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud). 

Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)

Wednesday 30 March 2016

BUAH PELAGA



Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas.
Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing.

RENDANG TOK

Rasa lah Rendang TOK Ellysa ...
rasa seperti Opah Buat ...
komer tak Rugi punyee !!!!!

Kemer @ Ellysa ..memang setiap kali Raye ...anto ke kampung ...siap adik beradik ..asingkan ...1 bekah seorang....(patutnye ..dari kg ler anto ke kemer ...)
Molanya untuk tetamu ...abeh kat demer aje...
Hari masok doh abehhhhh ...wehhhhh !!!!







RENDANG TOK ELLYSA

Harga Promosi : 
RM80 = 1kg 
RM50 = 500g

Poslaju : RM10

KAYU MANIS



ANTARA BAHAN UTAMA DALAM RENDANG TOK


Khasiat kayu manis
Kayu manis atau CINNAMON mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.
Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.
Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.
Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.
Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.
Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.
Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.
Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.
Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.
Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.
Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.
Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.

HARGA KEPERLUAN SEMASA

30 MAC 2016


RENDANG DENDENG ELLYSA

Air tangan dari orang Perak..
sedap..
puas hati..
Harga berpatutan ..

@ Ellysa ..



Harga Promosi : RM60 = 1kg / RM35 = 500g
Poslaju : RM10

DAGING LEMBU

Keratan Daging Lembu



Harga Daging

Harga daging ...TopSide hari ini ..31 Mac 2016 RM16.50 sekg ...
pasr Tg Malim...




Monday 28 March 2016

KOKO

Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benihkoko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).

KOKO

Koko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koko
frames
Pengelasan saintifik

Theobroma cacao
Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.
Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bermula pada 1950. Koko berasal dariLembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersial apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam Famili Sterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan kokodan coklat.
Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).
Biji koko biasanya digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, seperti Yucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an