Friday 15 April 2016

PEWARNA PONCEAU 4R

pewarna Ponceau 4R.
Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa
negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya.  Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.
Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari.  Ia juga digunakan  untuk mewarnakan teh.
Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng,  hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah  ratus yang mahal seperti saffron.
Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka.

Thursday 14 April 2016

syurga MAKANAN

SYURGA MAKANAN

SESUAI dengan kepelbagaian bangsa di negara ini maka tidak hairanlah Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Sebut sahaja nak makan apa, segala juadah tempatan dan antarabangsa, semua ada di sini dan tidak perlu ke luar negara.
Sudahlah banyak pilihan, kedai makan dan restoran makanan segera pula berlambak-lambak dengan kebanyakan beroperasi sehingga dinihari. Kemeriahan itu mendorong rakyat untuk makan lewat malam. Malah terdapat ibu bapa ‘mengheret’ anak-anak yang separuh mengantuk ke kedai makan untuk ‘bersahur’ di luar waktu Ramadan!
Dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat itu maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyatnya mengalami obesiti.
Itu bukan ‘pencapaian’ yang boleh dibanggakan kerana obesiti boleh membawa maut. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 73 peratus kematian di hospital kerajaan ketika ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung) yang berpunca daripada masalah obesiti.
Malah kajian Institut Jantung Negara 2007 juga menunjukkan 60 peratus remaja menghidap penyakit jantung. Saya yakin jumlah itu meningkat lebih-lebih lagi kanak-kanak ketika ini cenderung bermain gajet berbanding melakukan pergerakan fizikal dan bersenam.

Penyebab KANSER

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan pewarna Ponceau 4R. 

Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya. Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum. 

Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari.  Ia juga digunakan  untuk mewarnakan teh. 

Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng,  hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah ratus yang mahal seperti saffron. 

Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka. 

Sehubungan dengan bahaya pewarna Ponceau 4R, CAP menggesa Kementerian Kesihatan agar mengambil langkah-langkah yang berikut:

- Mengeluarkan Ponceau 4R daripada senarai pewarna yang dibenarkan di dalam Peraturan Makanan 1985

- Menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang didapati menggunakan pewarna dalam makanan yang undang-undang tidak membenarkan makanan seumpamanya diwarnakan. (misalnya teh, rempah ratus dan udang kering)

- Menghentikan penjualan pewarna gred industri (diharamkan untuk makanan) dalam jumlah yang sedikit untuk mencegah penyalahgunaannya. Pada masa sekarang ia masih dijual di kedai runcit.

- Tidak menggalakkan pengendali dan pengeluar makanan daripada menggunakan pewarna kimia kerana ia berbahaya dan tidak perlu sama sekali.

- Mengadakan kempen media untuk tidak menggalakkan pengguna daripada membeli makanan yang mengandungi pewarna dan mendidik mereka mengenai cara untuk membaca label dengan betul.

- Menjalankan ujian ke atas makanan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan kimia dan pewarna yang diharamkan. 

Kementerian Kesihatan perlu menyita kesemua makanan seumpamanya di pasaran. Sementara itu pengguna dinasihatkan agar mengelak makanan berwarna terang yang tidak kelihatan asli. 

Tuesday 12 April 2016

KICAP RACUN

kICAP RACUN

AYAM RACUN


Ikan puyu pembunuh

Ikan puyu pembunuh
SPESIES ikan ini sememangnya istimewa kerana ia boleh bergerak di atas permukaan tanah kering, memanjat pokok dan 'mencekik' haiwan pemangsa yang cuba memakannya.
Ikan air tawar digelar climbing Perch atau puyu berbahaya ini mampu bertahan selama beberapa hari atau minggu di atas permukaan darat kerana mempunyai organ pernafasan.
Apabila cuaca terlalu kering, ia akan masuk ke dalam lumpur untuk terus hidup malah ikan tersebut juga boleh hidup di dalam air masin lapor Daily Mail.
Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia melaporkan ia bergerak di atas permukaan tanah dengan menggunakan siripnya.
Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati spesies ikan pembunuh itu telah menghampiri Selat Torres dan kehadirannya di perairan itu telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak.
Saintis di Universiti James Cook, Dr Nathan Waltham percaya spesies ikan berasal dari Papua New Guinea itu akan menjadi ancaman terbesar kepada hidupan liar tempatan.
"Ikan tersebut berukuran antara 10 hingga 23 sentimeter (sm) panjang dan ia mampu membesar sehingga 25 sm," jelasnya lagi. 

LEMON BAHAYA

Kesan sampingan jika terlebih minum air detoks lemon
BAGI yang sedang diet air lemon ini memang tak asing lagi. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.
Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.
Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.
Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak. Kurangkan pengambilannya jika kesan ini sudah anda rasai.
1. Hakisan gigi
Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.
Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.
2. Pedih ulu hati
Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.
Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.
3. Kerap buang air dan dehidrasi
Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.
Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.
Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang

PARCEL POSLAJU RENDANG

SIAP !!!!!
parcel POSLAJU ..
tunggu ..esok dapat makan air tangan ELLYSA ...

014 337 2 933

ontik ODAR .....
atee oder ler..

RENDANG TOK ELLYSA
RENDANG DENDENG ELLYSA..

BUNGKUSAN RENDANG

PACKING 1kg

RENDANG DENDENG

IN SHAA ALLAH ..esok dah dapat makan ..

1kg ++ (200g aje lebihnya)


4.00ptg
12 April 2016

TIMBANG DAN POSLAJU


TIMBANG SEBELUM POSLAJU KAN DIA...
RENDANG DENDENG ELLYSA...

IN SHAA ALLAH ..esok dah dapat makan ..
1kg ++ (200g aje lebihnya)


03.50ptg
12 April 2016


Monday 11 April 2016

KEK SEDAP

Kek biji popi
Kuala Lumpur: Polis mengesan beberapa premis menjual kek di ibu kota menggunakan biji popi sebagai bahan penyedap kek yang boleh mengakibatkan rasa ketagih dan khayal jika diambil melebihi dos.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, berdasarkan ujian saringan awal dilakukan pihaknya mendapati kek berkenaan positif dadah jenis Opiat (candu).
Menurutnya, bahan berkenaan diletakkan di atas kek berkenaan sebagai penyedap rasa dan jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan pelbagai kesan sampingan.
"Kami akan menghantar sampel kek berkenaan ke Jabatan Kimia untuk menjalani ujian selanjutnya bagi mengesahkan kandungan itu positif dadah.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka ketika membeli kek bagi mengelakkan mengambil bahan terlarang yang terdapat pada kek itu,"katanya.

ROTI JALA RACUN

Ipoh: Keputusan analisa Makmal Kesihatan Awam Ipoh mendapati ada bakteria Salmonella, Bacillus Cereus dan E-coli pada roti jala yang menyebabkan 63 pelajar mengalami keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah pada 3 April lalu.

Semua mangsa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan roti jala bersama kari ayam sebagai hidangan lewat malam di dewan makan asrama sekolah itu.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, sebaik memperoleh keputusan analisa itu, pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang melakukan pemeriksaan di rumah pembekal roti jala berkenaan di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Bidor, kelmarin.
Katanya, pasukan itu menyaksikan cara pembuatan makanan berkenaan dan mengesyaki bakteria itu datang daripada kulit telur ayam yang tidak dibasuh.
"Apabila tukang masak memecahkan telur menggunakan tangan, kemungkinan kekotoran yang melekat pada kulit telur termasuk najis ayam mengenai tangan dan kemudian terkena roti jala.
“Pemeriksaan di premis itu juga mendapati bekas meletakkan telur atau `sarang telur' kotor dan digunakan secara kitar semula iaitu telur ayam baru diletak dalam bekas berkenaan yang tidak pernah ditukar," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar (SEHAP) di sini, hari ini.

KERACUNAN DIMANA-MANA SAHAJA ...
PASTIKAN KELUARGA ANDA SELALU DI LINDUNGAN KERACUNAN !!!!!!!!!

LEMBU


Saturday 9 April 2016

MEE KOREA

Jakim siasat status halal mi segera dari Korea

halal
0
SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap mi segera dari Korea yang diragui status halalnya.
Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal berkata, hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“Untuk makluman pengguna, mi segera ini merupakan produk Korea yang telah mendapat pengesahan daripada Korea Muslim Foundation (KMF) iaitu salah sebuah Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jakim.
“Namun begitu, status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Semalam, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.
Menurut Jakim lagi, setiap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf telah diaudit berdasarkan prosedur dan piawaian ditetapkan oleh pihaknya.
“Pengguna diharap tidak membuat andaian awal sehingga pengesahan daripada pihak KMF diperoleh,” katanya







Friday 8 April 2016

KILANG KICAP KOTOR

GEORGETOWN - Sebuah kilang kicap yang berusia 100 tahun diarahkan menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, pada mulanya kilang itu diserbu bagi pemeriksaan operasi melepas asap berikutan pihaknya menerima aduan dari penduduk sekitar berhubung perkara itu.
Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan dengan asap kayu yang dilepaskan dari kilang berkenaan.
"Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula jam 6 hingga 10 pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan. Oleh demikian, kita bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan di kilang berkenaan.
"Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Oleh demikian, kita mengeluarkan kompaun sebanyak RM100 kerana tidak menyediakan peralatan yang sesuai untuk melepaskan asap.

"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.
Ah Teong berkata, selain kesalahan itu, kilang itu juga didapati gagal memastikan persekitaran dan alat yang digunakan dalam keadaan bersih.
"Setelah diperiksa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam didapati ada najis kucing dan tikus. Selain itu, kita juga menjumpai lipas, najis tikus, lipas dan najis kucing di lantai kilang di mana proses penghasilan kicap dijalankan.
"Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih. Kita akan membuat pemeriksaan susulan selama dua minggu penutupan kilang ini bagi memastikan pemilik mengikut arahan seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa," 

Wednesday 6 April 2016

Daging Dendeng

Alhamdulillah ...
sudah mula step pertama ..

PERGI PASAR BELI DAGING .. 6kg ..

semoga dapat disiapkan tempahan minggu ini ...

6 April 2016


Tuesday 5 April 2016

ROTI GARDENIA

Gardenia bermula di Singapura
PADA 1969, seorang rakyat Amerika Syarikat bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh
Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan
perniagaan bakeri.
Slocumm yang sebelum ini tiba di Malaysia bawa 35 tahun pengalaman berniaga bakeri
di beberapa rangkaian kedai roti sewaktu menetap di Amerika Syarikat.
Sejak itu, Slocumm menubuhkan Gardenia dan membuka kedainya di Singapura pada 1978.
Berikutan mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna, kedai pertama bakeri Gardenia
dibuka secara komersial di Pandan Loop pada Mac 1983.
Daripada itu, Gardenia mula mengembangkan perniagaannya sehingga ke Malaysia 
dan Thailand dan terkini di Filipina pada pada 1997.
Di Malaysia, Gardenia merupakan antara pilihan utama penggemar roti. Gardenia di Malaysia diurus Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan pertama kali mengadun bebuku roti pada 1986.
Dalam hanya tempoh empat tahun, Gardenia Bakeries (KL) menjadi pelopor pasaran roti terkemuka
 di Malaysia. Sejak beberapa tahun akhir ini, Gardenia berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai
produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat rakyat Malaysia.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) merupakan anak syarikat pembuat makanan di Malaysia yang
dimiliki oleh QAF Ltd. Syarikat Gardenia ini turut dijalankan beberapa syarikat seperti Gardenia
Singapura dan Gardenia Filipina. Syarikat Gardenia Bakeries lebih popular dengan panggilan Gardenia
kerana produk utama berasaskan roti, kek dan bakeri. Tahun demi tahun, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai produk mengikut permintaan pelanggan.

Sunday 3 April 2016

RAHMAT ELNINNO

Rahmat El Nino kepada penanam tembikai

Rahmat El Nino kepada penanam tembikai
Fauzi (dua, kiri) membantu pemborong menimbang tembikai wangi di Banggol. - Foto Sinar Harian
Kencana di Projek DiRaja Kampung Banggol tidak terjejas.
Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan,
 Fauzi Mohamed berkata,beliau menjangkakan antara 500 hingga 600 metrik tan (MT) buah-buahan 
tersebut dapat dikutip pada  musim ini melibatkan 24 hektar penanaman.
“Tahun ini seperti sedia maklum kita dilanda El Nino, tetapi Alhamdulillah rezeki orang di sini,
 walaupun cuaca
panas dengan keadaan tanah yang berpasir  pengeluaran  nampak banyak kali ini,” katanya kepada media,
hari ini.
Beliau turun padang bersama media meninjau proses jual beli hasil tanaman di Kampung Banggol antara
pemborong yang dilantik.
Fauzi berkata, hasil pengeluaran yang memberangsangkan itu juga dibantu berdasarkan inisiatif
29 penanam di kawasan it “Di sini setiap peserta ada punca air sendiri, tidak ada masalah. 
Tembikai wangi ini bila  cukup  air  pengeluaran akan baik,” katanya.
Tambahnya, pada hari pertama sahaja pihaknya membeli sebanyak 114 MT daripada 13 penanam, 
manakala hari ini dijangkakan 100 MT berjaya dibeli.


Kredit : ROSMIZA KASIM

PIZZA CELAH POKOK




ADA IDEA..ADA USAHA...


PASTI BERJAYA !!!!!


......................................................

Piza gerai 'celah pokok'


Ainal Marhaton Abd Ghani 

rencana@hmetro.com.my
Nama komersialnya Piza Seni Bidadara, tapi ada pelanggan menggelarkannya 
sebagai lempeng Itali, piza kampung, piza terlajak murah atau piza klasik.
Apapun gelaran diberikan, makanan Barat itu adalah menu yang disediakan di gerai 
‘celah pokok’ milik pengusahanya Che Ku Arshad Che Ku Rani, 43.
Begitu klasik namanya sama seperti cara penyediaannya yang sangat tradisional. 
Dapur diperbuat daripada simen konkrit berbentuk separa kubah.
Ruang pada bahagian dalam dapur itu dibahagikan kepada dua iaitu bahagian atas 
disediakan tapak untuk memuatkan dua dulang berisi piza yang akan dibakar.
Sementara bahagian bawah pula diletakkan longgokan kayu untuk proses pembakaran.
Penulis ternyata kagum dengan teknik ‘gaya kuno’ digunakan Che Ku Arshad dalam 
memperkenalkan sajian tunggalnya yang semakin popular selepas diviralkan di laman 
sosial Facebook.
“Kami memang tidak menyediakan ruang makan di sini, tapi pelanggan masih 
boleh menjamu selera di beberapa bangku rehat yang disediakan di halaman seni ini.
 Pesanan minuman boleh dibuat di gerai yang terletak di pintu masuk pada bahagian bawah.
“Pelanggan juga boleh memesan secara terus atau tempahan awal menerusi aplikasi 
WhatsApp sehari sebelum bermula jam 8.00 malam hingga 1.00 petang,
” katanya ketika ditemui di laman seni Rajawali Auter Space 
bersebelahan Sekolah Rendah (SK) Cenderawasih, Perkampungan Cenderawasih, 
Kuantan, Pahang.
Che Ku Arshad dibantu anaknya Che Ku Nur Atiqah, 18, dan anak saudara, 
Ana Ismail, 23, bersama tiga rakan mereka, Nur Fatihah Abdul Fattah, 20, 
Nurul Wahida Samsuri,20, dan Ahmad Farhan Alias,15, dalam menguruskan 
tempahan serta penyediaan piza sementara isterinya, Nur Faizah Jaafar, 41, 
ditugaskan membakar piza.
Che Ku Arshad berkata, setiap hari dia menyediakan antara 40 hingga 55 
keping piza menggunakan antara 10 hingga 15 kilogram doh.
“Proses membuat doh tidak lama dan saya menyediakannya di rumah. 
Doh ini pula hanya bertahan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas 
itu ia tidak boleh digunakan lagi kerana teksturnya sudah berubah.
“Saya akan pastikan doh digunakan hingga habis untuk mengekalkan kualiti 
dan tidak berubah rasa,” katanya.
Menggunakan pendekatan ‘sesiapa sahaja boleh makan’, ternyata piza 
yang bersaiz S, M, L RM10 dan XL (RM15) memang menepati cita 
rasa penggemar hidangan berasal dari barat itu.
Empat jenis Piza Seni Bidadara yang ditawarkan iaitu ayam, daging, 
makanan laut dan campur.
“Ramai yang musykil dan hairan mengapa piza saya murah berbanding 
jenama terkenal. Untuk makluman, saya hanya menggunakan potongan 
bebola ayam dan daging dengan hiasan kepingan ketam, sosej, nanas, 
lada benggala, serbuk herba origano dan dilapisi keju di bahagian 
permukaan piza.
“Doh yang sudah dileperkan nipis disapu pula sos tomato dan serbuk lada kering yang 
kemudiannya diletakkan pula bahan-bahan hiasan yang kebanyakannya dipilih sendiri pelanggan 
ketika membuat pesanan,” katanya.
Bagi yang mahukan keju lebih Che Ku Arshad kenakan tambahan RM3 saiz biasa 
sementara untuk piza RM40 atau 4XL tambahan RM6 pula dikenakan kerana saiznya 
yang lebih besar.
Menurutnya, dengan taburan keju terpilih menghiasi atau memenuhi 
permukaan piza, Piza Seni Bidadara menjadi pilihan pelanggan yang 
mahukan ‘piza bajet’ tetapi mampu memenuhi selera mereka.
“Jika dimakan ketika panas, kejunya ‘melekit dan melekat’ ketika dipotong. 
Itu yang sedapnya dan setanding dengan tempat lain.
“Saya juga memberi kelonggaran kepada pelanggan yang mahukan doh tebal, 
tetapi masih pada harga sama,” kata penggemar tegar piza itu.
Che Ku Arshad dan Nur Faizah yang pernah terbabit dalam industri 
perhotelan berkata, idea menggunakan dapur konkrit dan kayu api itu 
selepas melihat kaedah sama digunakan di beberapa negara barat dan timur tengah.
Idea itu sangat kreatif sebenarnya dan aromanya pula lebih ‘menyengat’. 
Cuma perlu lebih berhati-hati dari segi suhu ketika proses pembakaran 
dilakukan.
“Dengan sambutan yang semakin menggalakkan sejak dibuka Oktober 
tahun lalu, saya dalam proses menambah dapur untuk mempercepatkan 
pesanan pelanggan.
“Piza rakyat untuk rakyat tiada siapa terkecuali daripada menikmatinya 
sehingga ada yang sanggup datang dari Damansara, Kuala Lumpur untuk 
mendapatkan piza kerana mengidam walaupun ketika itu saya sedang 
berkemas untuk pulang,” katanya terharu dengan sambutan diberikan.
Katanya, gerainya dibuka hanya empat jam sehari mulai 3 hingga 7 
malam saja.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 11:55 AM





KEPINGAN piza bersaiz 4XL dipotong dan dimasukkan ke dalam kotak sebelum diserahkan kepada pelanggan.