PADA 1969, seorang rakyat Amerika Syarikat bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh
Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan
perniagaan bakeri.
Slocumm yang sebelum ini tiba di Malaysia bawa 35 tahun pengalaman berniaga bakeri
di beberapa rangkaian kedai roti sewaktu menetap di Amerika Syarikat.
Sejak itu, Slocumm menubuhkan Gardenia dan membuka kedainya di Singapura pada 1978.
Berikutan mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna, kedai pertama bakeri Gardenia
dibuka secara komersial di Pandan Loop pada Mac 1983.
Daripada itu, Gardenia mula mengembangkan perniagaannya sehingga ke Malaysia 
dan Thailand dan terkini di Filipina pada pada 1997.
Di Malaysia, Gardenia merupakan antara pilihan utama penggemar roti. Gardenia di Malaysia diurus Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan pertama kali mengadun bebuku roti pada 1986.
Dalam hanya tempoh empat tahun, Gardenia Bakeries (KL) menjadi pelopor pasaran roti terkemuka
 di Malaysia. Sejak beberapa tahun akhir ini, Gardenia berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai
produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat rakyat Malaysia.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) merupakan anak syarikat pembuat makanan di Malaysia yang
dimiliki oleh QAF Ltd. Syarikat Gardenia ini turut dijalankan beberapa syarikat seperti Gardenia
Singapura dan Gardenia Filipina. Syarikat Gardenia Bakeries lebih popular dengan panggilan Gardenia
kerana produk utama berasaskan roti, kek dan bakeri. Tahun demi tahun, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai produk mengikut permintaan pelanggan.