Friday 15 April 2016

PEWARNA PONCEAU 4R

pewarna Ponceau 4R.
Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa
negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya.  Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.
Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari.  Ia juga digunakan  untuk mewarnakan teh.
Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng,  hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah  ratus yang mahal seperti saffron.
Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka.

No comments:

Post a Comment