Thursday 14 April 2016

syurga MAKANAN

SYURGA MAKANAN

SESUAI dengan kepelbagaian bangsa di negara ini maka tidak hairanlah Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Sebut sahaja nak makan apa, segala juadah tempatan dan antarabangsa, semua ada di sini dan tidak perlu ke luar negara.
Sudahlah banyak pilihan, kedai makan dan restoran makanan segera pula berlambak-lambak dengan kebanyakan beroperasi sehingga dinihari. Kemeriahan itu mendorong rakyat untuk makan lewat malam. Malah terdapat ibu bapa ‘mengheret’ anak-anak yang separuh mengantuk ke kedai makan untuk ‘bersahur’ di luar waktu Ramadan!
Dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat itu maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyatnya mengalami obesiti.
Itu bukan ‘pencapaian’ yang boleh dibanggakan kerana obesiti boleh membawa maut. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 73 peratus kematian di hospital kerajaan ketika ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung) yang berpunca daripada masalah obesiti.
Malah kajian Institut Jantung Negara 2007 juga menunjukkan 60 peratus remaja menghidap penyakit jantung. Saya yakin jumlah itu meningkat lebih-lebih lagi kanak-kanak ketika ini cenderung bermain gajet berbanding melakukan pergerakan fizikal dan bersenam.

No comments:

Post a Comment